PETANG-PETANG MINUM KOPI, SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI





Thursday, 1 May 2014

MASALAH DALAM MEMBACA



Masalah utama yang didapati dalam proses membaca ialah ketidakupayaan membaca oleh pembaca. Ketidakupayaan membaca merujuk kepada pembaca yang langsung tidak mempunyai kemahiran membaca dan tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca seperti tidak dapat membuat diskriminasi antara bunyi huruf, tudak dapat mendekod perkataan berdasarkan bunyi bahasa Melayu, tidak dapat memecahkan simbol yang ada sama ada dalam bentuk grafik, atau numeric dalam bahasa Melayu yang betul.

   1)  FAKTOR DALAMAN

      i.            Faktor Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca.

   a.  Penglihatan
·    Juling - menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
·      Rabun dekat - (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
·      Rabun jauh - tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
·  Astigmatism - penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
·        Amblyopiks - satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
   b.   Persepsi Penglihatan
·         Perkataan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna - musik menjadi msuki.
·         Huruf atau perkataan menjadi terbalik - b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
·    Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
·         Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
·         Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata.
   c.   Pendengaran (auditori)
·   Masalah membezakan bunyi vokal dan konsonan - tidak dapat membezakan antara vokal a dengan e, u dengan o, i dengan e.
·         Terbahagi kepada dua kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal.
   d.   Pertuturan
·        Punca - masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.

   ii.            Faktor Neurologikal
Kajian yang berkait sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.

   a.   Kerosakan otak
·    Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak.
·         Kecederaan otak boleh terjadi sejak dilahirkan.
·         Boleh menyebabkan perubahan yang luar biasa terhadap bentuk.
   b.   Neurologi tidak berfungsi
·  Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan.
·         Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh diakibatkan oleh serangan jantung.
·         Hyperlexia - seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal.
   c.   Faktor keturunan
·     Kajian mengaitkan pencapaian seseorang dalam proses membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
   d.   Faktor emosi
·         Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi sejak kecil contohnya mengalami kes penderaan, pengabaian, dan perpecahan keluarga akan menganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya.

    2)  FAKTOR LUARAN

   a.   Faktor sosioekonomi
·     Kanak-kanak dari status sosioekonomi rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari status sosioekonomi tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi.

   b.   Faktor instruksional
·      Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar.
·  Faktor instrusional guru juga boleh mempengaruhi kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca pada pelbagai tahap yang berbeza.

   c.   Faktor motivasi
·     Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya.
·     Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan program membaca untuk memberi semangat yang positif dalam kalangan pelajar bagi menguasai kemahiran membaca.

   d.   Faktor genetik
·       Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga.

contoh video masalah membaca :





  


PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Pemilihan bahan bacaan adalah sangat penting dan hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur. Hal ini demikian kerana penggunaan kosa kata adalah berbeza. Contohnya, buku-buku ilmiah menggunakan bahasa dan kosa kata dari aras yang tinggi dan hanya sesuai digunakan oleh orang dewasa sahaja.

   1)   Bahan bacaan mekanis
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronunciation) daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai keterampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar.
Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat pertuturan.

   2)   Bahan bacaan mentalis (senyap)
Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman.
Membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.
Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

   3)   Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang memerlukan ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Membaca secara teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea merupakan perkara yang perlu ditekankan dalam telaah isi ini.
Bacaan intensif boleh dibaca dengan dua cara. Pertama ialah membaca pantas. Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak berapa bagus. Kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu.
Cara kedua ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.

   4)   Bahan bacaan rekreasi
Membaca rekreasi adalah kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan dalam keadaan santai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu, berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.



No comments:

Post a Comment