PETANG-PETANG MINUM KOPI, SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI





Thursday, 1 May 2014


DEFINISI MEMBACA

Berdasarkan kamus dewan edisi ke empat yang menakrifkan bahawa membaca adalah kaedah memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna dan juga isi kandungannya. Selain itu, membaca adalah satu proses yang kompleks kerana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis.  Hal ini kerana proses membaca ini terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks seperti proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Kesemua proses tersebut memainkan peranan yang penting dalam proses membaca secara keseluruhannya.

Menurut Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan  membaca sebagai keperluan seseorang itu perlu mahir atau dapat membaca lambang-lambang bercetak bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya. Oleh itu, definisi ini telah banyak digunakan bagi mengukur keupayaan seseorang, sama ada dia “celik huruf” atau “buta huruf”. Seseorang yang dapat membaca menurut definisi Harris dan Sipay (1980) ini ialah orang yang dapat membezakan antara lambang yang bertulis dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan bertulis, iaitu dalam bentuk lukisan bagi menggambarkan atau mengungkap sesuatu objek.

Namun begitu, kebanyakan tulisan yang terdapat di dunia ini terdiri daripada lambang lukisan yang dipermudahkan. Contohnya, dapat kita lihat aksara China, Jepun, Korea dan beberapa lagi sistem tulisan pelbagai bahasa yang terdapat di seluruh dunia ini merupakan lambang lukisan yang mewakili sesuatu objek atau konsep yang ingin dimaksudkan. Hal ini meyebabkan lambang tersebut menjadi simbol sistem tulisan untuk digunapakai oleh pengguna bahasa tersebut sehingga ke hari ini.

Manakala, menurut pandangan daripada Pumfrey (1977) yang menyatakan bahawa membaca bukan hanya dengan membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang perkara yang dibaca. Menurut beliau lagi, membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Ini bermakna dengan membaca seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik tentang apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Selain itu, psikolinguistik kognitif menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran lama yang mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara membunyikannya (dalam hati) dan kemudian menarik erti daripada kata-kata itu. Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara  menyembunyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu kalimat.

 Oleh itu dapatla dilihat bahawa definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca merupakan satu organisma yang pasif yang hanya menuggu kemasukan erti dari luar. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan sebanrnya. Prose satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif keran tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca.



TEORI MEMBACA

1. Teori Kecekapan Verbal

Teori kecekapan verbal ini telah diperkenalkan oleh Perfetti (1988), di mana teori ini sangat penting dalam kemahiran membaca yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskan melangkaui proses mentafsir kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anaphora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan.. berdasarkan teori ini setiap pembaca mempunyai profil sendiri yang bertujuan untuk menguasai kecekapan verbal. Seseorang pembaca akan bertambah efisien dalam kecekapan verbal, ini bermakna pembaca tersebut lebih banyak perhatian dan sumber rujukan.

 Selain itu, teori ini adalah berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian yang merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca (Benjafield, 1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu kod komponen berhubung dengan pemahaman. Kebiasaannya, pembaca yang cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. bagi pembaca yang tidak cekap dalam membaca juga adalah disebabkan oleh skemata yang terhad. Bagi pembaca yang kurang berpengetahuan apabila berkaitan denganteks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks tersebut.

2. Teori Memindahkan Maklumat

Teori ini merupakan teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca merupakan proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan bahawa aktiviti membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya bahawa pembaca berinteraksi dengan teks bertujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melaukan proses pemindahan maklumat tersebut. beberapa aspek utama yang dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat iaitu maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan maklumat yang diproses & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.

3. Teori Membaca Secara Automatik

Menurut La Berger dan Samuel (1974) yang menjelaskan bahawa mengatakan teori membaca adalah secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, cara ini juga menganggap bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan membaca. Sub kompenan dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan.

Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Bukan itu sahaja, ia juga mengamalkan hubungan yang positif dijalankan antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih faham. Oleh itu, ketika membaca pembaca perlulah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.



BELAJAR MEMBACA

Kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu di peringkat awal adalah seperti yang berikut:

1. Kaedah Abjad

Kaedah abjad merupakan kaedah mengenai nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan rumi. Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf mengikut sususnannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad carta, kad huruf, cd, melalui permainan dan sebagainya. Huruf-huruf yang mula diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan diikuti dengan huruf-huruf kecil. Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a, e, i, o, u dan disusuli dengan membina suku-suku kata (contoh: “sa_tu”).

Kemudian murid-murid belajar mengeja perkataan-perkataan. Akhir sekali mereka dilatih membaca ayat-ayat mudah. Kaedah abjad yang menegaskan kepada hafalan-hafalan dikatakan kurang bermakna dan membosankan bagi kanak-kanak. Dengan itu guru perlulah lebih kreatif dalam pengajaran serta menyedikan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid supaya murid tidak cepat bosan atau mudah lupa. Berdasarkan pengalaman

Berikut adalah beberapa permainan untuk membantu murid belajar abjad:

Permainan Abjad
1. Lagu ABC
Mengarahkan murid-murid berdiri dalam barisan. Setiap murid diberi sekeping kad imbasan abjad. Lagu ABC dimainkan. Murid menunjuk atau mengangkat kad imbasan apabila huruf tertentu disebut atau dinyanyi dalam lagu tersebut.

Video Lagu ABC 



Kelebihan kaedah abjad
  •  Sesuai dengan sususnan Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
  • Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baharu
  •  Kaedah ini kaedah yang mudah dikendalikan
  •  Melalui kaedah ini tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid

Kelemahan kaedah abjad
  • Kanak-kanak tidak memahamai apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan pengejaan.
  •  Bacaan kurang lancar
  •  Kaedah ini dikatakan bertentangan dengan kehendak pendidikan dan psikologi kerana pengajaran ini tidak secara keseluruhan
  •   Boleh membosankan murid-murid yang kurang pandai terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan

2. KAEDAH FONIK

Merupakan satu kaedah membaca yang dapat digunakan oleh guru di dalam kelas. Kaedah ini menekankan penguasaan mrid-murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi dan murid-murid juga diajar dengan bunyi-bunyi huruf dan lambang huruf sera mengaitkan dengan bunyi huruf tersebut.

Cara Pelaksanaannya:
Murid-murid menghafal bunyi huruf iaitu murid melihat lambang dan menghafal bunyinya sebagai contoh:
            A dibunyikan aa
            Z dibunyikan zi
Kemudian, murid diajar tentang suku kata setelah mengetahui hubungan huruf dengan bunyinya, sebagai contoh:
            ‘ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”
Seterusnya, penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan, sebagai contoh:
            Bu + ta = buta
            Bu + ka = buka
Pembacaan ayat-ayat mudah:
            Ibu beli buku
            Ibu buka buku

Dalam kaedah fonik, sememangnya murid perlu mengenal huruf. hal ini kerana, setakat mengenal sahaja tidak memadai, murid juga perlu tahu bunyi setiap huruf untuk membantu mereka dengan lebih cepat.

Kelebihan Kaedah Fonik
  • Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
  • Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
  •  Murid dapat mengurangkan beban memori
  •   Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Kelemahan Kaedah Fonik
  •  Kaedah ini memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada mulanya
  •  Masa agak panjang bagi mereka untuk mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum aktiviti membaca
  •  Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan


3. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini dekenali sebagai kaedah pandang dan sebut kerana tugas utamanya ialah memandang dan menyebut yang turut dikenali sebagai kaedah seluruh kata. Kaedah ini dilakukan dengan cara:
  •  perkataan didedahkan sebelum menghafal abjad dan suku kata.
  •  kad bergambar disertakan dengan perkataan dan perkara yang dipandang - objek pada kad-kad bergambar.
  • Perkara yang dipandang – perkataan objek tersebut
 Terdapat dua perkara yang diutamakan iaitu:
  •    Menyembunyikan perkataan berdasarkan pengalaman melalui gambar.
  •   Menyembunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
Kelebihan kaedah pandang dan sebut
  • Sesuai dengan kehendak jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan dan bukan bahagian-bahagiannya.
  •  Dapat menarik minat kanak-kanak kerana penggunaan kad-kad bergambar.
  •   Kanak-kanak memahami perkara yang dibaca oleh mereka.
  •  Penyebutan bunyi yang betul dapat dilatih sejak kecil lagi.
Kelemahan kaedah pandang dan sebut
  •    Perbendaharaan kata kanak-kanak terbatas.
  •    Kanak-kanak tidak mengenali huruf secara formal kerana lambat mengenal bunyi dan   suku kata
  •    Kaedah ini hanya sesuai bagi kanak-kanak yang pandai
  •    Kanak-kanak tidak pandai mengeja


4. KAEDAH BUNYI – KATA
  •  Mulakan dengan membunyikan huruf vokal. Contohnya: a…i…u
  •  Pilih kononan mudah. Contoh: b, n, k
  •  Bunyikan huruf ‘b’ / bah/ beberapa kali
  • Bina suku kata ‘ba’, ‘bi’, ‘bu’.
  • baca perkataan yang mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’, dan ‘bu
  • contoh: ‘baju’, ‘ubi’, dan ‘ibu’.
  • Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca.
  • Kaedah ini sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi.

Contoh video mengenal suku kata:




Video Seronoknya Membaca  oleh Upin Ipin




No comments:

Post a Comment